Wednesday, August 18, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 6


Salam Ramadhan dan salam sejahtera kepada semua =)

Kuliah pada minggu ini adalah berkaitan dengan Mak Yung dan Kompang. Seni Mak Yung begitu asing bagi saya dan saya agak kurang berminat dengannya jika dibandingkan dengan kompang yang rata-rata semua orang akan mengenalinya.


~Mak Yung~


Gambar 1 : Penari Mak Yong


Walaupun Mak Yung merupakan satu seni muzik tradisional, namun kesenian ini adalah satu-satunya yang di iktiraf oleh UNESCO. Penghargaan ini adalah satu penghormatan yang besar kepada seni warisan tradisional. Terima kasih kepada UNESCO kerana keprihatinan mereka dalam menghargai seni muzik tradisional.

Jika dilihat secara kasar, seni Mak Yung yang berasal daripada Patani ini adalah sama seperti Menora, Mekmulung dan Jikey. Hal ini adalah kerana ianya tergolong dalam satu kategori yang sama iaitu seni lakon. Walaupun dilihat agak sama tetapi apa yang membezakannya adalah berdasarkan kepada identiti dan keperluan dramatik yang dimilikinya. Dalam persembahan Mak Yung, bentuk seni lakon yang digunakan adalah sangat kuno kerana masih mengekalkan lagenda dan mitos.

Kesenian ini semakin popular dan tersebar luas termasuklah Semenanjung Malaysia dan kawasan sekitarnya. Mak Yung dipersembahkan bukan sahaja sebagai tujuan persembahan malahan untuk tujuan ritual bagi penyembuhan penyakit dan persembahan sebagai sembah guru. Perbezaan yang dapat dilihat antara tujuan persembahan dan ritual adalah dari segi pentas persembahan.

  • Ritual~ Aras panggung sama dengan tanah ( Tiada pentas)
  • Persembahan ~ Lantai panggung beberapa kaki dari atas tanah

Cerita asal Mak Yung bertajuk Dewa Muda yang merupakan satu cerita rakyat. Menjelang abad ke-20 peranan utama diambil alih oleh wanita. Terdapat beberapa watak dalam Mak Yung iaitu:

  • Pak Yung dan Pakyung Muda (Watak Utama)
  • Mak Yung dan Puteri Mak Yung (Raja perempuan)
  • Peran Tua dan Peran Muda (Pengasuh)
  • Tok Wak (ahli nujum dan tukang)

Rebab merupakan satu alat muzik yang penting dalam Mak Yung kerana bukan sahaja fungsinya sebagai alat muzik malahan merupakan semangat bagi seni ini. Perhormatan terhadap rebab boleh dilihat apabila lagu Mak Yung akan menghadap rebab sebagai simbol penghormatan terlebih dahulu. Selain rebab, terdapat juga alatan lain seperti sepasang gendang, tetawak dan rebab 3 tali disamping dengan alatan sampingan seperti serunai, geduk dan canai.

Bentuk dalam pengalunan lagu Mak Yung akan ditentukan oleh sistem gongan yang dikawal oleh tetawak. Manakala iramanya pula adalah secara meningkah. Hampir keseluruhan lagu Mak Yung bertempo perlahan.

~Kompang~

Gambar 2 : Kompang


Alatan yang hampir sama dengan hadrah ini dikatakan berasal daripada Arab di Asia Barat. Terdapat pelbagai panggilan untuk kompang seperti Dufuf, Daf, Duf, Tar atau Bendir. Manakala di Indonesia ianya dikenali sebagai terbang atau rebana. Terdapat pelbagai fungsi kompang. Kebiasaanya kompang akan dimainkan dalam acara perkahwinan khususnya orang Melayu. Seni kompang semakin mendapat tempat apabila dimainkan bagi tujuan menyambut pemimpin terhormat.

Lagu yang dimainkan kebiasaanya akn mengikut negara asalnya iaitu Bahasa Arab. Sebagai contoh Selawat Memuji Rasullullah saw. Permainan ini tersebar daripada peranan pedagang yang berdagang ke Nusantara dan akhirnya sampai ke Tanah Melayu akibat berlakunya imigrasi daripada Jawa.


Adat permainan kompang sangat dititik beratkan. Antara adatnya ialah:

  • Pakaian
  • Tidak boleh mentelentangkan kompang
  • Tidak boleh melambung kompang
  • Tidak boleh meletakkan muka kompang ke lantai

Terdapat dua struktur dalam alat ini iaitu belulang yang diperbuat daripada kulit kambing betina dan juga belulalang paluh dari kayu nangka. Saye tertanya pada mulanya, "kenapa mesti menggunakan kulit kambing betina? Tidak bolehkan seandainya menggunakan kulit kambing jantan atau lembu"? Persoalan terjawab kerana kulit kambing adalah lebih sesuai dan kulit kambing betina adalah lebih lembut.

Walaupun saya sudah biasa mendengar dan melihat kompang dimainkan, namun masih ada yang tidak saya ketahui dan peka sebenarnya. Jika dihayati, alunan kompang sebenarnya mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah, kompang.

  • Hadrah
  • Johor/ jawa
  • Eizhar (Selangor)
  • Kelalang (Melaka)

Saiz kompang yang dimainkan adalah mengikut tahap umur. Semakin tinggi umur seseorang semakin besar saiz kompangnya. Saiz yang paling besar ialah 37.5 cm dan 40 cm bagi orang dewasa. Dalam kuliah minggu ini juga saya telah belajar cara memegang kompang yang betul semasa menghasilakn bunti 'pak' dan 'bung'.


Bukan sahaja saiz yang berbeza tetapi cara pukulan juga adalah berbeza. 3 jenis pukulan iaitu:

  • Melalu- memainkan rentak asas
  • Menyilang-rentak silihan kepada rantak melalu
  • Meningkah- penghias rentak antara melalu dan menyilang

Pukulan pertama adalah untuk 'mula', kemudian pukulan 'lagu' dan akhir sekali ialah 'mati' menandakan lagu akan berakhir.

Pada akhir kuliah, sekali lagi pensyarah kami telah memberikan peluang untuk membuat praktikal setelah teori dipelajari. Kali ini kompang menjadi pilihan. Teruja rasanya setelah lama tidak bermain diberikan peluang mencuba. Terima kasih kepada pensyarah tersayang! hehe.. =p




Video 1 : Kompang

~Alunan kompang mengingatkan zaman remajaku =) ~

2 comments:

SMP2252 UMAIRAH on August 21, 2010 at 12:17 PM said...

Asslamualaikum shu...

Wah pasti kamu memang sudah mempunyai pengalaman dalam bermain kompang. Sememangnya Mak Yung juga amat kurang menarik perhatian saya. Lebih-lebih lagi Mek Mulong dan Menora. Tidak pernah kedengaran di telinga saya akan perkataan-perkataan tersebut sebelum saya memasuki kelas Muzik Tradisional ini. Mungkin kerana kurangnya pendedahan di negeri-negeri Selatan seperti Johor mengenai seni tradisi tersebut. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan menghadiri kuliah ini, saya dapat menambah input dan lebih mengenali seni warisan kita. InsyaAllah...

Wa'salam...

Damiana on August 22, 2010 at 8:27 PM said...

Walaikumusalam wbt

Alhamdulillah saya telah mempunyai pengalaman dalam bermain kompang. Namun hanya sekdar suka-suka sahaja. Saya tidak lagi arif dalam permainan tersebut. Di dalam kelas inilah saya mendalamkan pengalaman mengasah ilmu agar lebih tajam pengalaman saya.
Saya setuju dengan apa saudari katakan, mungkin faktor pendedahan yang kurang di bahagian Selatan menyebabkan ramai dikalangan mereka termasuk saya tidak begitu mengenali seni Mekmulung dan Mak Yung.

Post a Comment

 

Blok Pelajar Kumpulan A

Blok Pelajar Kumpulan B

Blok Pelajar Kumpulan C

SMT2252 NURSUHADAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template