Assalamualaikum wbt
Setelah 14 minggu menghadapi kuliah muzik tradisional ini akhirnya sampailah di penghujung kuliah. Walaupun ada diantara kelas saya yang telah tamat tapi tidak bagi subjek ini masih lagi diteruskan. Dan saya dipertanggungjawabkan sebagai seorang pelajar untuk menghadiri kuliah ini. Syukur alhamdulillah kerana begitu juga rakan-rakan yang lain masih menghadirkan diri.
Sepanjang mengikuti kursus ini saya dapat banyak pengetahuan baru. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi amat berharga bagi saya. Kerja lapangan yang ditugaskan kepada kami melalui tajuk Kuda Kepang telah membuka minda saya berkenaan tarian kuda kepang tersebut. Saya bersama dengan rakan-rakan yang lain bekerjasama membuat kajian berkenaan dengan kerja lapangan tersebut. Pendapat saya kerja lapangan seperti ini adalah bagus untuk memberikan keyakinan dan rasa tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan. Pelajar akan berasa yakin dan berdikari dengan membuat temu bual bagi mendapatkan maklumat.
Melalui tugasan menggunakan blog, ini adalah pertama kali saya menceburi alam blogger melalui subjek ini. Pada mulanya saya akui memang sukar dan saya sedikit give up untuk mengambil subjek ini. Namun setelah melalui minggu-minggu seterusnya saya telah yakin dan sedikit mahir untuk menulis blog. Idea yang beku telah mula mengalir deras setiap kali saya menulis Jurnal Refleksi. Alhamdulillah setelah percubaan menulis blog untuk subjek ini, saya juga telah mula membuat blog sendiri kerana timbulnya minat menulis dan menerokai dunia blogger.
Amat mudah kerana kami boleh menghantar tugasan dengan mudah. Pada keadaan masa kini yang serba canggih, walaupun saya berada di mana-mana, tugasan menulis jurnal refleksi boleh dihantar melalui blog yang telah ada. Saya tidak perlu risau dan mengambil masa untuk pergi ke bilik pensyarah menghantar tugasan.
Namun ada juga kelemahan dalam subjek ini kerana ada kalanya jika line internet tidak begitu baik menyebabkan tugasan sukar dihantar. Sewaktu cuti atau pulang ke kampung pula, bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet, tugasan sukar dihantar. Mereka juga perlu ke cyber cafe untuk melayari internet. Hal seperti ini memakan kos belanja.
Bagi saya seorang pelajar yang mengambil major Sejarah yang kurang arif dengan dunia muzik, agak sukar bagi saya mengikuti sesetengah kuliah yang diajarkan. Muzik Tradisional ini adalah Pengayaan Diri bagi saya. Maaf jika saya katakan untuk subjek pengayaan diri adalah agak berat ubtuk saya ikuti. Tugasan setiap minggu perlu dihantar dan perlu menjawab kuiz, ditambah lagi dengan peperiksaan akhir semester yang membimbangkan.
Bagi saya jika terus mahu mengadakan peperiksaan akhir semester sekalipun, soalan perlulah dalam bentuk objektif. Bagi pelajar muzik yang wajib mengambil subjek ini mungkin mereka telah biasa dengan dunia muzik. Tapi bagi saya adalah sedikit berat untuk subjek pengayaan diri. Saya cadangkan supaya masa akan datang subjek major dan pengayaan diri Muzik Tradisional ini diasingkan.
Ini kerana ada ketika pensyarah menerangkan sesuatu berkaitan muzik seperti not-not dan sebagainya hanya pelajar muzik sahaja yang faham. Mungkin mereka telah biasa dengan perkataan tersebut dan telah mempelajarinya. Berlainan dengan saya dan beberapa rakan lain yang bukan daripada Major Muzik ada ketika terpinga-pinga dengan penerangan pensyarah.
Jika mahu bertanya dengan lebih lanjut apa yang kurang difahami itu saya sedikit berasa rendah diri dan mungkin mengganggu kuliah yang akan diajarkan pensyarah. Faktor masa juga mempengahruhi saya untuk bertanya dengan lebih lanjut.
Untuk pembentangan kumpulan pula keseluruhan adalah baik bagi saya. Cadangan pensyarah untuk merakam setiap pembentangan adalah satu idea yang baik kerana kami akan lebih yakin dan bersungguh untuk membuat pembentangan. Sedikit sebanyak setelah melihat sendiri cara dan gaya pembentangan yang dibuat, kami dapat mengubah dan memperbaiki kelemahan sewaktu berada di hadapan orang lain.
Walau bagaimanapun, saya agak terkilan kerana ada sesetengah kumpulan yang kurang menepati masa yang ditetapkan. Ada kalanya terlebih masa yang di hadkan. Kelas kami adalah bermula pada jam 11 am hingga 1 pm. Ada kumpulan mengambil masa sehingga melebihi jam 1 pm. Pada pelajar yang tidak mempunyai kelas pada masa seterusnya mungkin mereka tidak mempunyai masalah. Namun bagi saya dan beberapa rakan lain agak menyukarkan kami. Ini kerana kami terpaksa berjalan jauh untuk ke kelas seterusnya.
Walaupun kelas kami bermula pada jam 2 pm, masa yang satu jam itulah kami berkejar-kejar untuk solat dan makan tengahari. Ada kalanya saya terlewat untuk masuk ke kelas jam 2 pm.
Secara keseluruhannya, saya amat beruntung kerana dapat mengambil subjek ini. Pensyarah yang mesra membuat saya tidak bosan untuk ke kelas. Sedikit kekurangan dan kritikan saya bukanlah menyatakan keburukan pensyarah dan subjek ini. Tetapi ikhlas memberikan pandangan dan bagi memperbaiki kekurangan pada masa akan datang.
Sekian sahaja..
12 comments:
Wahai saudari,
Namum anda lemah dalam subjek ini, tetepi saya yakin jikalau anda terus rajin berusaha, suatu hari nanti, anda akan berjaya. "Nothing is impossible to a willing".
Semoga anda maju jaya. :)
kelemahan diri bukan bermakna kita xmampu untuk menguasai.yang penting jika ada usaha kita pasti akan memperolehi apa yang dihajati. jangan jadikan kelemahan sebagai benteng untuk terus maju jaya..
sama2 la kita berusaha untk menduduki final kursus ini.. Yakin boleh!
setelah kita sama-sama mengikuti kuliah SMP2252, anda juga adalah sama level dengan kami iaitu pelajar program muzik kerana banyak yang telah anda pelajari di dalam kelas ini. Tahniah...
Smoga anda terus berjuang menncapai yang terbaik. Anda mampu melakukannya..Tahniah
semoga anda berjaya dalam peperiksaan yang akan kita lalui setelah naik cuti ini.. good luck...
good luck =)
jangan pandang rendah pada diri su...anda boleh mencapai sesuatu yang lebih baik daripada kita dengan usaha yang anda lakukan...teruskan perjuangan...
betul kata-kata christine, dengan usaha kita pasti perolehi apa yang kita mahukan.insyaallah
sabar shu kita boleh mencapai sesuatu kalau kita benar2 berusaha dengan hati yang ikhlas. kita sama2 berusaha dan berjuang shu
saya suka semangat yang liyana tunjukkan..bagus~
tq kawan2 ku
Post a Comment