Wednesday, July 28, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera =)

Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk terus mnegikuti kuliah untuk minggu ketiga. Rasa tidak sabar untuk datang ke kuliah setiapa kali tibanya hari Rabu. Betulkah ni?? "Iya..sememangnya saya berasa seronok untuk mengikuti setiap kali kuliah subjek ini" =)
Ini kerana, kecetekan ilmu saya terhadap seni muzik tradisional sedikit sebanyak akan bertambah dengan hanya menghadiri kuliah selama dua jam sahaja!

Jadi saya hanya perlu memberikan tumpuan selama dua jam tersebut. Tambahan lagi tumpuan memang harus diberikan sepenuhnya kerana pensyarah telah memasang video merakam sesi P&P. Secara tidak langsung, student tidak boleh lah hendak bermain-main sewaktu P&P...hehe, bernas sungguh idea itu! Tahniah-tahniah!

Baiklah, saya mahu berkongsi apa yang saya pelajari pada minggu ketiga ini. Minggu ini pembelajaran yang difokuskan ialah kaedah klasifikasi muzik tradisional, kategori muzik tradisional dan ciri-ciri muzik tradisional.

Pertama saya mahu membicarakan tentang kaedah klasifikasi muzik tradisional. Saya mahu menyentuh tentang perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Adaptational (penyesuaian) dikenali juga sebagai berorganik. Maksud berorganik disini ialah benda yang hidup. Sama seperti muzik!
Sebelum ini saya tidak tahu bahawa muzik itu sebenarnya hidup. Namun, ketahuilah bahawa muzik itu hidup pada hakikatnya. Di sini apa yang dimaksudkan dengan hidup ialah sebenarnya muzik itu berkembang dan dipengaruhi dengan budaya masyarakat setempat. Alatan yang dimainkan masih sama namun mempunyai perbezaan dari segi muzik dimainkan. Ini kerana sememangnya lumrah manusia akan mempunyai naluri untuk mengubah sesuatu dan tidak terkecualilah dengan muzik.

Sebagai contoh ialah ghazal. Terdapat perbezaan antara ghazal pathi di Penang dan ghazal Johor. Walaupun namanya ialah ghazal namun cara penyampaian muzik itu adalah berlainan. Perkara baru yang menarik perhatian saya ialah pemain bagi ghazal pathi itu disebut 'ustaz'. Sebelum ini saya hanya tahu panggilan ustaz hanya untuk golongan agama, namun panggilan tersebut digunakan untuk penyanyi ghazal. Kemungkinan mereka itu bertutur dalam bahasa Arab. Oleh kerana itu mereka diberikan gelaran sebegitu. Menarik!

Manakala idiosyncratic pula merujuk kepada gaya atau cara tersendiridan sulit. Kefahaman saya sewaktu pembelajaran ialah alatan masih kekal sama namun apa yang membezakan penyesuaian alatan yang dicipta mengikut jenis bahan. Contohnya alat muzik di China, India dan Barat adalah berlainan.

Terdapat tiga klasifikasi alat muzik di barat iaitu perkusi, bertali, dan tiupan. Perkataan baru saya pelajari ialah 'Perkusi'. Ini merujuk kepada alatan yang tergolong dalam kumpulan membranofon.

Seterusnya ialah ciri-ciri muzik tradisional. Sebelum ini kefahaman saya terhadap muzik klasik ialah muzik zaman dahulu tanpa mengetahui sebenarnya muzik juga mempunyai taraf perbezaan status nya. Terdapat dua jenis tradisi muzik iaitu tradisi besar (budaya istana/klasik) dan tradisi kecil (budaya rakyat). Walaubagai manapun, kedua tradisi ini telah bercampur. Muzik rakyat ini tidak mudah berubah dan kaedah pembelajaran muzik mengikut peniruan/pemodelan. Ini berlainan dengan muzik klasik yang didominasi golongan istana yang lebih sistematik kerana secara transmisi intelek iaitu melalui penulisan. Asas sejarah muzik ini juga adalah lebih kukuh.

Terdapat enam ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular, dan esembel lain. Muzik esembel genderang ialah muzik yang stand alone atau mengiringimuzik bentuk tarian utama. Saya kurang jelas mengenai bahagian ini kerana banyak contoh yang telah disediakan pensyaraj tidak boleh di tayangkan kerana masalah perkhidmatan internet. Namun saya akan membuat pembacaan sendiri berdasarkan nota diberikan pensyarah. Terima kasih En. Amran! =)

~Semakin kita mempelajari muzik, semakin kita mengenali keindahannya~

8 comments:

CHRISTINE on July 29, 2010 at 3:05 AM said...

rakan nursuhadah memang rajin dan berminat dalam kelas En. Amran...selamat berjuang hingga ke akhir semester...

. on July 29, 2010 at 8:36 AM said...

Tahniah! Kupasan yang menarik!

Damiana on July 30, 2010 at 1:49 AM said...

hai cristine,

Terima kasih.
Saya mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan yang lain. Juga daripada awak =)
Harap dapat berikan kerjasama pada saya.

Damiana on July 30, 2010 at 1:50 AM said...

Encik Amran..
Terima kasih Encik.
Apa yang terlintas sahaja.

SMP2252 UMAIRAH on August 1, 2010 at 6:41 AM said...

Assalmualaikum shu...

Betul kata kamu shu, rupa-rupanya ghazal di Utara adalah berbeza dengan ghazal di Johor. Mungkin itu lah yang dikatakan menurut perspektif adaptional.

Diharap minggu seterusnya kita sama-sama memperoleh ilmu baru dan kita dapat memanfaatkannya.

:)

Marlin on August 2, 2010 at 2:55 AM said...

Selamat sejahtera Nursuhadah. Refleksi anda sangat menarik. Mungkin lebih menarik lagi jika ditambah dengan rujukan tambahan seperti video dari youtube atau gambar-gambar yang berkaitan. Selamat berjuang.

Damiana on August 2, 2010 at 8:02 AM said...

Walaikumusalam wbt Mia,

Terima kasih sudi menulis dalam ruangan ini. Ghazal memang terkenal di Johor, namun pada masa kini saya telah kurang melihat persembahan Ghazal diadakan. Rasanya jika diberikan peluang saya mahu melihat bagaimana Ghazal di utara.

Damiana on August 2, 2010 at 8:04 AM said...

Salam sejahtera Marlin.

Terima kasih diatas komen saudari. Saya juga bercadang mahu memasukkan seperti apa yang saudari katakan. Mungkin dengan ini akan menimbulkan minat para pembaca untuk teruskan membaca.

Terima kasih sokongan anda.

Post a Comment

 

Blok Pelajar Kumpulan A

Blok Pelajar Kumpulan B

Blok Pelajar Kumpulan C

SMT2252 NURSUHADAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template