Thursday, July 22, 2010

MINGGU 2: JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum wbt

Pembelajaran kuliah pada minggu kedua ini sangat menarik. Walaupun terdapat sedikit pembelajaran yang masih kurang jelas namun bagi saya banyak perkara baru yang telah saya perolehi.

Jika sebelum ini saya hanya sekadar berminat mendengar muzik sahaja tanpa mengetahui alatan apa yang dimainkan untuk mengahasilkan lagu tersebut. Pengetahuan saya berkenaan muzik terlalu cetek dan kurang berminat untuk mendalami apa itu sebenarnya muzik.

Namun setelah berada didalam kuliah selama dua jam saya telah mempelajari lima perkara iaitu berkaitan dengan soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik dan konsep atau struktur muzik.

Dalam sesi pendengaran kami dikehendaki untuk menumpukan kepada beberapa bunyi yang ada di dalam rakaman yang diperdengarkan. Di sini saya belajar untuk fokus kepada bunyi yang ada dan secara tidak langsung dapat melatih kepekaan dan tumpuan saya pada suatu bunyi yang dihasilkan.

Saya beranggapan sebelum ini bahawa sesuatu satu genre muzik adalah sama di semua negara. Contohnya hip hop yang ada di Malaysia adalah sama di kesemua negara lain. Namun sebaliknya muzik itu adalah berlainan mengikut negara masing- masing walaupun kadang kala kita dengar muzik itu hampir- hampir sama sahaja.

Sebenarnya budaya sesuatu kawasan itu juga boleh dikenali dengan muzik. Ini bertepatan dengan makna Budaya Muzik iaitu penglibatan menyeluruh berkaitan seperti idea, aksi, institusi, dan material (peralatan, pakaian dan sebagainya). Budaya muzik itu sendiri boleh dikenalpasti melalui genre nya. Melalui genre juga kita boleh mengenalpasti sub-budaya muzik.

Tahukah anda bahawa melalui beberapa jenis bunyi kita boleh menghasilkan satu bentuk muzik?! Jika kita pandai menggabungkan bunyi yang kita dengar disekeliling kita maka boleh menghasilkan muzik yang sangat menarik. Jadi tidak mustahil jika anda dengar satu bunyi yang dianggap mengganggu namun jika digabungkan bunyi-bunyi tersebut akan terhasilah muzik yang sedap untuk didengar.








Melalui sejarah muzik pula, tanpa kita sedari muzik itu sebenarnya mempunyai persamaan di beberapa buah negara. Misalnya, dalam konteks sejarah muzik tradisional di Malaysia terdapat persamaan alatan dan struktur muzik yang dipengahruhi unsur Timur Tengah, India dan China.
Hal ini kerana interaksi sosiobudaya menghasilkan pelbagai genre.

Setelah berada pada kuliah kedua ini saya mengetahui terdapat empat kategori alat muzik. Yang pertama ialah Kordofon, Membranofon, Aerofon, Idiofon. Sebelum ini saya tidak tahu ada kategori alatan seperti ini. Bagi saya semua alatn adalah sama iaitu dikenali 'alat muzik'. Namun pembelajaran kuliah ini membuka fikiran dan menambah ilmu pengetahuan saya.

Perkara yang terakhir dipelajari dalam kuliah ini ialah berkaitan dengan struktur atau konsep muzik. Dalam konsep ini terdapat enam kategori iaitu melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk atau forum, notasi, ekspresi/tafsir. Walaupun saya kurang memahami lebih mendalam dalam konsep muzik ini namun saya cuba memperbaiki kelemahan dengan mencari maklumat melalui pembacaan lain.

Melodi mempunyai pic. Sebelum ini saya hanya tahu dan mendengar tentang pic melalui tontonan program realiti seperti Akademi Fantasia yang para pengkritik akan menyetuh tentang pic. Seperti apa yang pernah dikatakan oleh pengkritik "Piching lari". Saya hanya mendengar apa komen pengkritik namun tidak faham apa yang ingin disampaikan.
Tetapi setelah mempelajari pada kuliah ini sedikit sebanyak saya juga boleh membincangkan berkaitan pic jika menonton program seperti itu lagi. Tidak lah saya dikatakan seperti burung kakak tua yang hanya tahu berkata-kata namun tidak memahami apa makna kata-katanya.

Pembaharuan yang berkesan bagi saya ialah, setelah mengetahui sedikit sebanyak saya mula menghayati muzik yang saya dengar dengan lebih fokus. Apabila mendengar sesuatu lagu, saya akan cuba untuk mengesan kategori alat muzik yang digunakan.

~ Muzik itu indah jika dihayati ~

8 comments:

. on July 22, 2010 at 6:24 AM said...

Tahniah!!! refleksi yang menarik dari anda

Muzik Tradisional Malaysia on July 22, 2010 at 7:15 AM said...

Salam Suhada. Harap dapat betulkan tajuk pada posting ke 2 ini. Tajuk yang anda tulis ialah "Jurnal Refleksi", tajuk yang sepatutnya ialah "Minggu 2: Jurnal Refleksi". Terima kasih

Damiana on July 22, 2010 at 7:10 PM said...

Walaikummusalam wbt

Terima kasih Encik. Semua atas tunjuk ajar Encik =)

Kuda Kepang on July 26, 2010 at 11:37 PM said...

Assalamualaikum shu..
Tahniah di atas posting anda yang cukup menarik. Video yang kamu tunjukkan juga sangat menarik.Sesungguhnya muzik begitu luas dan pelbagai. Di dalam kuliah 2 yang lepas baru saya tahu terdapat muzik yang terhasil daripada pensil seperti yang dipertontonkan di dalam slide En Amran. Semoga kita sama-sama mendapat ilmu yang bermanfaat sekaligus menjunjung martabat muzik tradisional Malaysia.
InsyaAllah..

SMP2252 UMAIRAH on July 26, 2010 at 11:42 PM said...

Assalamualaikum shu..
Tahniah di atas posting anda yang cukup menarik. Video yang kamu tunjukkan juga sangat menarik.Sesungguhnya muzik begitu luas dan pelbagai. Di dalam kuliah 2 yang lepas baru saya tahu terdapat muzik yang terhasil daripada pensil seperti yang dipertontonkan di dalam slide En Amran. Semoga kita sama-sama mendapat ilmu yang bermanfaat sekaligus menjunjung martabat muzik tradisional Malaysia.
InsyaAllah..

Marlin on July 28, 2010 at 11:19 AM said...

Pandangan dan ulasan yang menarik! Walaupun anda baru mempelajari istilah-istilah muzik yang mungkin anda tidak faham sebelum ini, tetapi anda tidak semestinya tidak bagus. Saya memang bersetuju dengan pendapat bahawa 'muzik itu indah jika dihayati'. Dengan pengetahuan yang kita dapat dalam pengajaran dan pembelajaran subjek ini mahupun dari pembacaan, kita sebenarnya telah mempelajari cara untuk menghargai sesebuah muzik. Muzik bukanlah hiburan semata-mata..

Damiana on July 30, 2010 at 1:56 AM said...

Walaikumusalam wbt Mia,

Terima kasih sudi meluangkan masa dengan pandangan anda. Sama juga bagi saya. Banyak yang saya masih perlu belajar untuk mendalami muzik tradisional ini. Yah, marilah bersama-sama kita memartabatkan seni muzik tradisional kita. Semoga berjaya.

Damiana on July 30, 2010 at 1:59 AM said...

Salam sejahtera Marlin.

Sebelum ini saya hanya sekadar mendengar muzik, namun setelah masuk ke kelas Smt 2252 ini saya semakin tertarik kerana banyak perkara yang menarik ada dlam seni muzik itu. Hayatilah muzik yang bukan sekadar dapat menyelami keindahannya malah dapat merehatkan minda. Terima kasih dengan pandangan anda.

Post a Comment

 

Blok Pelajar Kumpulan A

Blok Pelajar Kumpulan B

Blok Pelajar Kumpulan C

SMT2252 NURSUHADAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template